Tuesday 07th of February 2012
21 Pasukan Sedia Tarung Rebut Kejuaraan JM 2009
smaller text tool iconmedium text tool iconlarger text tool icon

 

KUALA LUMPUR: Sebanyak 21 pasukan kini sudah bersedia untuk bertarung merebut kejuaraan pada Jelajah Malaysia (JM) 2009 yang mencatat sejarah sebagai penyertaan terbesar pasukan benua dalam perlumbaan berstatus 2.2.


Pada JM 2009 yang dianjurkan Ten Speed Events Sdn Bhd, sebanyak 14 pasukan benua daripada seluruh dunia akan berkumpul dan memulakan kayuhan esok sehingga 26 April ini.

Pengarah Eksekutif kejohanan Datuk Astaman Abdul Aziz berkata kesemua pelumba sudah pun berada di tanahair dan hanya menanti detik bermulanya perlumbaan jelajah tertua di negara ini.

"Daripada segi pengurusan, kesemua yang kami rancangkan berjaya diselesaikan dan hanya menunggu masanya sahaja perlumbaan esok. Dengan sokongan tidak berbelah bahagi daripada semua pihak korporat terutama sekali Electcoms yang merupakan penaja acara JM 2009 serta tidak dilupakan sokongan padu Polis Diraja Malaysia (PDRM), Insya-Allah perlumbaan kali ini akan lebih mencabar dan menarik daripada edisi terdahulu," katanya.

Beliau berkata demikian dalam majlis memperkenalkan pasukan yang berlangsung di Hotel Concorde di sini hari ini.21 pasukan yang menyertai perlumbaan edisi kali ini ialah pasukan kebangsaan Malaysia, Malaysia B, LeTua, Terengganu Toshiba-Bike Labz, Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Bridgestone Anchor (Jepun), Jelly Belly Cycling Team (USA), Azad University Continental Team (Iran), Savings & Loan Cycling Team (Australia), Shimano Racing Team (Jepun), Polygon Sweetnice Team (Indonesia), Tabriz Petrochemical Team (Iran), Aisan Racing Team (Jepun), Ride Sport Racing (Australia), Giant Asia Cycling Team (Taiwan), Trek Marco Polo Cycling Team (China) dan Doha Team (Qatar), Indonesia, Thailand, Tinelli Colossi Cycling (New Zealand) dan JazySports Beacon (Filipina).

Dalam perlumbaan kali ini, antara pasukan yang disebut-sebut sebagai pasukan pilihan ialah pasukan dari Iran iaitu Tabriz Petrochemical Team yang merupakan pasukan keseluruhan terbaik edisi lepas dan membariskan pelumba berpengalaman seperti Ghader Mizbani, Hossein Askari, dan pemenang pelumba terbaik keseluruhan JM 2007 Mehdi Sohrabi manakala pasukan Azad University Continental Team yang meletakkan pemenang jersi raja pecut edisi lepas Anuar Manan antara tunggak utama pasukan.

Pasukan lain yang dijangka memberikan saingan sengit ialah Jelly Belly Cycling Team, Savings & Loan Cycling Team dan tidak ketinggalan pasukan dari Malaysia yang mempertaruhkan lima pasukan.

Perlumbaan peringkat pertama esok sejauh 176.8km akan bermula tepat pada pukul 10 pagi dari Kuala Selangor dengan melalui zon pecutan di Sungai Besar, Teluk Intan, Kampar sebelum melalui zon pendakian di Gopeng dan berakhir di Ipoh.

Sejumlah RM 280,000.00 telah diperuntukkan sebagai hadiah wang tunai yang merupakan jumlah terbesar di dalam sejarah kejohanan tersebut, dan adalah sejajar dengan penaikan taraf Malaysia ke kategori Asia ‘A’ oleh Kesatuan Lumba Basikal Asia (UCI).

JM 2009 akan merangkumi perlumbaan sejauh 1,240km dengan memulakan saingan peringkat pertama dari Kuala Selangor ke Ipoh, peringkat dua (Ipoh-Sungai Petani), peringkat tiga (Gerik-Tanah Merah), peringkat empat (Pasir Mas-Kuala Terengganu), peringkat lima (Kuala Terengganu-Kuantan), peringkat enam (Kuantan-Bera), peringkat tujuh (Tanjung Malim-Genting) sebelum menamatkan perlumbaan peringkat lapan iaitu perlumbaan kriterium di Dataran Merdeka.

 

 

Sponsors

Route Map

Click here to enlarge the route map!

Jelajah Stages

Stage 1
Sunday, 19th April 2009
Distance: 176.8 km

Route:
KUALA SELANGOR TO IPOH
Stage 2
Monday, 20th April 2009
Distance: 192.7 km

Route:
IPOH TO SUNGAI PETANI
Stage 3
Tuesday, 21st April
Distance: 172.3 km

Route:
GERIK TO TANAH MERAH
Stage 4
Wednesday, 22nd April 2009
Distance: 177.5 km

Route:
PASIR MAS TO KUALA TERENGGANU
Stage 5
Thursday, 23rd April 2009
Distance: 204.8 km

Route:
KUALA TERENGGANU TO KUANTAN
Stage 6
Friday, 24th April 2009
Distance: 136.1 km

Route:
GAMBANG TO BERA
Stage 7
Saturday, 25th April 2009
Distance: 117.0 km

Route:
TANJUNG MALIM TO GENTING
Stage 8
Sunday, 26th April 2009
Distance: 70.4 km

Route:
KUALA LUMPUR CRITERIUM

Weather

Kuala Lumpur, MY

Now
Mostly Cloudy
26°C, Windchill: 26°C
Wind: 3 kph NW
Humidity: 94%
Pressure: 1,008 mb falling
Sunrise: 7:28 am
Sunset: 7:27 pm


Copyright © 2009 Jelajah Malaysia. Powered by Vivify.