Saturday 19th of May 2012
Anuar juarai Peringkat 4 di gelanggang sendiri
smaller text tool iconmedium text tool iconlarger text tool icon


TIGA peringkat sebelumnya, nama Anuar Manan tersisih dari senarai pemenang sehingga dia menanti saat paling diidamkan apabila menjuarai Peringkat 4 di tempat kelahirannya sendiri pada penamat Jelajah Malaysia di Kuala Terengganu, semalam.

Kejayaan manis itu membutirkan kemenangan keenam sejak 2007 dan ia bertambah ceria kerana ia adalah kejayaan sulung dilakar di tempat sendiri ketika gerombolan pelumba Terengganu cuba mencari kemasyhuran di halaman sendiri.

Anuar yang kini bersama pasukan Azad University dari Iran, memecut pantas ke penamat untuk mengatasi Sergey Kudentsov dari pasukan Polygon Sweetnice selepas berusaha keras mengejar pelumba di kelompok depan selepas 100 kilometer pertama perlumbaan sejauh 177.5km.

"Memang saya mahukan kemenangan peringkat. Kami tertinggal lebih enam minit pada 100km pertama dan pada 50km terakhir kami bekerja keras untuk menangkap kumpulan di depan.

"Pada penamat saya lihat Sergey di depan dan dia seperti mahu menghalang tetapi saya sempat mencelah untuk terlebih dulu ke garisan penamat," katanya yang begitu gembira dapat melaksanakan misi muncul juara di tempat sendiri.
Pemenang pingat perak di kejohanan dunia Azizulhasni Awang (kiri) mengucapkan tahniah kepada Anuar.

Anuar yang muncul juara tiga peringkat pada 2007 dan dua peringkat tahun lalu bagaimanapun terlepas peluang untuk merampas Jersi Hijau ketika dia dan penyarung jersi itu, Mehdi Sohrabi gagal memungut sebarang mata di Zoon Pecutan yang dimenangi semua pelumba negara.

Pelumba negara, Ahmad Fallanie Ali muncul juara pada Zon Pecutan 1 di Kuala Besut diikuti pelumba Terengganu, Mohd Saufi Mat Senan di Penarik dan Mohd Noor Rizuan Zainal dari Angkatan Tentera Malaysia muncul pemenang di Wakaf Tengah.

"Memang saya sasarkan untuk merampas jersi itu tetapi terlalu ramai pakar pecut yang bagus semalam dan saya melihat penyarung Jersi Kuning juga tidak mendapat mata. Mungkin saya akan cuba pada peringkat yang seterusnya," kata Anuar yang juga penyandang gelaran Raja Pecut pada dua edisi Jelajah Malaysia sebelum ini.

Saingan semalam juga menyaksikan Sohrabi terus mengekalkan Jersi Kuning dan Jersi Hijau manakala rakan sepasukan Anuar, Abbas Saeiditanha masih memakai Jersi Merah Polka Dot selaku Raja Bukit selepas tiada Zon Pendakian pada peringkat semalam.

Source from:

Azidan Nahar

http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Thursday/Sukan/20090423005857/Article/index_html

 

 

Sponsors

Route Map

Click here to enlarge the route map!

Jelajah Stages

Stage 1
Sunday, 19th April 2009
Distance: 176.8 km

Route:
KUALA SELANGOR TO IPOH
Stage 2
Monday, 20th April 2009
Distance: 192.7 km

Route:
IPOH TO SUNGAI PETANI
Stage 3
Tuesday, 21st April
Distance: 172.3 km

Route:
GERIK TO TANAH MERAH
Stage 4
Wednesday, 22nd April 2009
Distance: 177.5 km

Route:
PASIR MAS TO KUALA TERENGGANU
Stage 5
Thursday, 23rd April 2009
Distance: 204.8 km

Route:
KUALA TERENGGANU TO KUANTAN
Stage 6
Friday, 24th April 2009
Distance: 136.1 km

Route:
GAMBANG TO BERA
Stage 7
Saturday, 25th April 2009
Distance: 117.0 km

Route:
TANJUNG MALIM TO GENTING
Stage 8
Sunday, 26th April 2009
Distance: 70.4 km

Route:
KUALA LUMPUR CRITERIUM

Weather

Kuala Lumpur, MY

Now
Mostly Cloudy
29°C, Windchill: 29°C
Wind: 2 kph NE
Humidity: 79%
Pressure: 1,009 mb steady
Sunrise: 7:01 am
Sunset: 7:17 pm


Copyright © 2009 Jelajah Malaysia. Powered by Vivify.