Pelumba sensasi negara, Anuar Manan bertekad untuk mencatat kemenangan hatrik dengan mempertahankan gelaran 'Raja Pecut' tahun ini sekaligus mengekalkan jersi biru yang dimenanginya pada edisi Jelajah
Bersama pasukan baru yang akan diwakilinya tahun ini, pasukan Azad University Cycling Team, Anuar menjangkakan pasukan yang disifatkannya sebagai 'lengkap' itu akan memberikan saingan sengit khususnya kepada pasukan benua, LeTua.
"Saya ingin melupakan 'mimpi buruk' pada Le Tour de Langkawi (LTdL) yang lepas. Dan saya juga amat berharap saya tidak akan menghadapi sebarang masalah yang boleh menggagalkan misi untuk pertahan jersi biru serta menjadikan pasukan Azad sebagai pasukan terbaik keseluruhan," katanya.
Selain Anuar selaku raja pecut, pasukan Azad turut dilengkapi pakar bukit, Amir Zargari yang muncul 'Raja Bukit' dalam Jelajah Indonesia (Tour of Indonesia), seorang lagi pakar
pecut Hossien Nateghi yang pernah menduduki tangga ke-16 dalam kategori pelumba terbaik keseluruhan LTdL 09, pemenang Junior World Champ tahun lepas Eugen Wacker, serta dua lagi pelumba Iran, Abbas Saeiditanha dan Hamid Shiriseysan.
Pelumba berusia 23 tahun itu, sebelum ini dikatakan bakal menyertai pasukan yang berpengkalan di Iran, pada September tahun lepas tetapi hasratnya itu tertangguh kerana pasukan terbabit mengalami sedikit masalah berhubung penajaan.
Anak jati Kuala Ibai, Terengganu itu berkata kemampuan beliau bersama rakan sepasukan yang baru itu akan dapat diuji pada perlumbaan Tour of Thailand dari 4 hingga 9 April ini yang menjadi kejohanan pertama Anuar dan pasukan Azad.
"Di Thailand nanti, baru saya akan melihat bagaimana bentuk kerjasama dan persefahaman yang boleh dicapai oleh kami dalam satu pasukan. Pencapaian di
"Saya pernah bersaing dengan mereka tapi kali ini saya akan bersama-sama mereka dalam satu pasukan untuk mencapai satu matlamat, memenangi kesemua jersi yang dipertandingkan serta muncul juara keseluruhan," katanya.
Pelumba yang gemar makan bihun sup dan minum 'teh O ais limau laici' ini, kini sedang menjalani latihan di Kuantan, Pahang bersama jurulatih peribadinya Rahim Kadir sebelum menyertai pasukan Azad di Thailand pada April depan.
Anuar berkata selepas perlumbaan di
"Saya bersama pasukan Azad akan menjalani latihan di sini menjelang Jelajah Malaysia nanti. Kemungkinan akan berlatih di sekitar
Dalam pada itu, Rahim berkata tahap kecergasan Anuar semakin menampakkan peningkatan dan menjelang jelajah
"Saya amat yakin Anuar akan memberikan saingan dan kayuhan terbaiknya pada tahun ini," katanya.
Anuar sebelum ini mewakili LeTua pada perlumbaan Jelajah
Mister Wong
Digg
Del.icio.us
Slashdot
Furl
Yahoo
Technorati
Newsvine
Googlize this
Blinklist
Facebook
Wikio


