Saturday 19th of May 2012
ATM Mahu Jadikan Kemenangan Sebagai Hadiah Ulangtahun Ke-75 TLDM
smaller text tool iconmedium text tool iconlarger text tool icon

KUALA LUMPUR: Pasukan Lumba Basikal Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mahu mencipta kejayaan dalam saingan Jelajah Malaysia (JM) tahun ini, untuk dijadikan hadiah sempena sambutan ulangtahun ke-75 Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) pada 27 April depan.

Pengurus Pasukan Lumba Basikal ATM Komander Ismail Othman berkata berdasarkan pencapaian cemerlang dua pelumba senior yang menamatkan perlumbaan di tempat pertama dan kedua di Kedah baru-baru ini, tidak mustahil impian itu dapat direalisasikan.

Mempertaruhkan dua pelumba senior yang juga pelumba kebangsaan, iaitu Mohd Nor Rizuan Zainal dan Mohd Zamri Salleh, pasukan ATM mensasarkan untuk menguasai zon pendakian di beberapa lokasi sukar terutama di Bukit Banding dan Genting.

Selain Mohd Nor Rizuan dan Mohd Zamri, penampilan sulung ATM turut diperkuatkan oleh dua pelumba pelapis kebangsaan iaitu Mohd Shafrul Afiza Fauzian dan Mohd Fadhli Anwar Fauzi manakala Muhamad Hazwan Azeman dan Amirul Aswandi Imran pula adalah pelumba daripada ATM.

"Kebanyakan pelumba pasukan kami adalah anggota TLDM. Sebab itu saya katakan bahawa kejayaan ATM boleh dijadikan hadiah ulangtahun TLDM ke-75 pada 27 April ini.

"Memandangkan ini adalah kali pertama penyertaan ATM dalam Jelajah Malaysia tahun ini, kami mengharapkan kayuhan terbaik daripada kesemua pelumba kami demi mengharumkan nama ATM dan TLDM itu sendiri," katanya.

Dengan kehadiran dua pelumba senior dan berpengalaman seperti Nor Rizuan yang pernah mewakili pasukan LeTua pada JM tahun lepas dan serta Mohd Zamri yang mewakili pasukan kebangsaan, pengurus pasukan ATM itu yakin pasukannya mampu memberi saingan sengit kepada pelumba-pelumba tempatan dan luar negara.

Ismail berkata pada masa ini, para pelumba giat membuat persiapan untuk memastikan pasukan berada pada tahap yang diinginikan apabila tiba hari sebenar perlumbaan itu yang akan bermula pada 19 April di Kuala Selangor dan berakhir pada 26 April di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.

Katanya, latihan pasukan itu kini lebih tertumpu kepada zon pendakian khususnya di Genting. Selain itu, Ismail berkata mereka kini berada di Kuantan sebelum menyertai satu perlumbaan tempatan sebelum menghadapi saingan JM 2009 nanti.

"Latihan kami juga turut menguji beberapa laluan yang terpilih sebagai laluan JM 2009," katanya.

Sementara itu, Pengarah Eksekutif kejohanan Datuk Astaman Abdul Aziz berkata penampilan kali pertama pasukan ATM akan memberi peluang kepada pelumba-pelumba yang terdiri daripada anggota keselamatan mengembangkan bakat mereka dalam sukan lumba basikal selain menjadi medan menguji kemampuan mereka di tahap antarabangsa.

"Kami amat mengalu-alukan penampilan sulung pasukan ATM yang bukan sahaja menampilkan dua pelumba senior tetapi turut membariskan pelumba pelapis yang berpeluang menimba pengalaman bersaing dengan jaguh-jaguh dari luar negara," katanya.

Perlumbaan JM 2009 yang bermula 19 hingga 26 April ini akan merangkumi jarak perlumbaan sejauh 1,329.6km. Saingan dimulakan pada peringkat pertama dari Kuala Selangor ke Ipoh, peringkat dua (Ipoh-Sungai Petani), peringkat tiga (Gerik-Tanah Merah), peringkat empat (Pasir Mas-Kuala Terengganu), peringkat lima (Kuala Terengganu-Kuantan), peringkat enam (Kuantan-Bera), peringkat tujuh (Tanjung Malim-Genting) sebelum menamatkan perlumbaan peringkat lapan iaitu perlumbaan kriterium di Dataran Merdeka.
 

Sponsors

Route Map

Click here to enlarge the route map!

Jelajah Stages

Stage 1
Sunday, 19th April 2009
Distance: 176.8 km

Route:
KUALA SELANGOR TO IPOH
Stage 2
Monday, 20th April 2009
Distance: 192.7 km

Route:
IPOH TO SUNGAI PETANI
Stage 3
Tuesday, 21st April
Distance: 172.3 km

Route:
GERIK TO TANAH MERAH
Stage 4
Wednesday, 22nd April 2009
Distance: 177.5 km

Route:
PASIR MAS TO KUALA TERENGGANU
Stage 5
Thursday, 23rd April 2009
Distance: 204.8 km

Route:
KUALA TERENGGANU TO KUANTAN
Stage 6
Friday, 24th April 2009
Distance: 136.1 km

Route:
GAMBANG TO BERA
Stage 7
Saturday, 25th April 2009
Distance: 117.0 km

Route:
TANJUNG MALIM TO GENTING
Stage 8
Sunday, 26th April 2009
Distance: 70.4 km

Route:
KUALA LUMPUR CRITERIUM

Weather

Kuala Lumpur, MY

Now
Mostly Cloudy
29°C, Windchill: 29°C
Wind: 2 kph NE
Humidity: 79%
Pressure: 1,009 mb steady
Sunrise: 7:01 am
Sunset: 7:17 pm


Copyright © 2009 Jelajah Malaysia. Powered by Vivify.