Tuesday 07th of February 2012
Electcoms Teruskan Kerjasama Jayakan Jm 2009
smaller text tool iconmedium text tool iconlarger text tool icon
 

KUALA LUMPUR: Syarikat komunikasi terkemuka, Electcoms Berhad sekali lagi meneruskan kerjasama yang erat bersama Ten Speed Events Sdn Bhd dalam menjayakan penganjuran Jelajah Malaysia (JM) 2009 yang akan bermula Ahad ini.


Pengarah Eksekutif kejohanan Datuk Astaman Abdul Aziz berkata JM 2009 mengalu-alukan kembali penyertaan Electcoms yang merupakan sebuah syarikat komunikasi yang sebelum ini pernah mendapat pengiktirafan sebagai syarikat komunikasi ke-15 terbesar di dunia oleh International Mobile Telecoms Association.

Sementara itu Pengarah Urusan Electcoms Berhad, Dato’ Ong Boon Kheng, melahirkan kebanggaan beliau kerana dapat sekali lagi bersama dengan acara berbasikal kedua terbesar di Malaysia dan mendapat pengiktirafan sebagai acara berbasikal kategori 2.2 terbaik di dunia.

"Kami amat berbesar hati kerana buat kali kedua berturut-turut Electcoms dapat  bersama JM, sebuah acara yang mendapat perhatian meluas dunia berbasikal tempatan dan antarabangsa. Ini juga membuktikan hubungan yang erat dan tanggungjawab sosial syarikat korporat dalam membangunkan sukan lumba basikal tempatan.

"Perlumbaan ini juga dapat memberi peluang kepada Electcoms untuk terus dikenali oleh pasaran tempatan dan pasukan luar yang turut bertanding pada JM 2009 apatah lagi penyertaan kali ini melibatkan penglibatan terbesar daripada 14 pasukan benua dari hampir 30 buah negara di seluruh dunia," jelas Ong lagi.

Bertepatan dengan misi Electcoms untuk menyediakan perkhidmatan komunikasi yang bertaraf antarabangsa, Astaman berkata JM juga diharap mampu melahirkan nama pelumba basikal yang bertaraf antarabangsa sekaligus menaikkan nama negara di mata dunia.

Dalam majlis penyampaian Jersi Kuning Electcoms (pelumba terbaik keseluruhan kejohanan) hari ini di ibu pejabat Electcoms di Petaling Jaya di sini hari ini., Electcoms Berhad secara rasminya dilantik  penaja acara (Title sponsor) perlumbaan JM 2009.

Perlumbaan JM 2009 yang dianjurkan Ten Speed Events Sdn Bhd akan bermula pada 19 sehingga 26 April. Sejumlah RM 280,000.00 telah diperuntukkan sebagai hadiah wang tunai yang merupakan jumlah terbesar di dalam sejarah kejohanan tersebut, dan adalah sejajar dengan penaikan taraf Malaysia ke kategori Asia ‘A’ oleh Kesatuan Lumba Basikal Asia (UCI).

JM 2009 akan merangkumi perlumbaan sejauh 1,240km dengan memulakan saingan peringkat pertama dari Kuala Selangor ke Ipoh, peringkat dua (Ipoh-Sungai Petani), peringkat tiga (Gerik-Tanah Merah), peringkat empat (Pasir Mas-Kuala Terengganu), peringkat lima (Kuala Terengganu-Kuantan), peringkat enam (Kuantan-Bera), peringkat tujuh (Tanjung Malim-Genting) sebelum menamatkan perlumbaan peringkat lapan iaitu perlumbaan kriterium di Dataran Merdeka.

 

Sponsors

Route Map

Click here to enlarge the route map!

Jelajah Stages

Stage 1
Sunday, 19th April 2009
Distance: 176.8 km

Route:
KUALA SELANGOR TO IPOH
Stage 2
Monday, 20th April 2009
Distance: 192.7 km

Route:
IPOH TO SUNGAI PETANI
Stage 3
Tuesday, 21st April
Distance: 172.3 km

Route:
GERIK TO TANAH MERAH
Stage 4
Wednesday, 22nd April 2009
Distance: 177.5 km

Route:
PASIR MAS TO KUALA TERENGGANU
Stage 5
Thursday, 23rd April 2009
Distance: 204.8 km

Route:
KUALA TERENGGANU TO KUANTAN
Stage 6
Friday, 24th April 2009
Distance: 136.1 km

Route:
GAMBANG TO BERA
Stage 7
Saturday, 25th April 2009
Distance: 117.0 km

Route:
TANJUNG MALIM TO GENTING
Stage 8
Sunday, 26th April 2009
Distance: 70.4 km

Route:
KUALA LUMPUR CRITERIUM

Weather

Kuala Lumpur, MY

Now
Mostly Cloudy
26°C, Windchill: 26°C
Wind: 3 kph NW
Humidity: 94%
Pressure: 1,008 mb falling
Sunrise: 7:28 am
Sunset: 7:27 pm


Copyright © 2009 Jelajah Malaysia. Powered by Vivify.