Saturday 19th of May 2012
Jai Crawford Taruhan Utama Savings & Loans
smaller text tool iconmedium text tool iconlarger text tool icon

KUALA LUMPUR: Pasukan benua dari Australia, Savings & Loans Cycling Team mempertaruhkan Jai Crawford sebagai pelumba terbaiknya dalam mencapai kejuaraan pada Jelajah Malaysia (JM) 2009 yang akan bermula 19-26 April ini.

Pengarah Eksekutif kejohanan Datuk Astaman Abdul Aziz berkata Crawford yang berasal dari Tasmania baru saja menduduki tangga kedua keseluruhan di belakang Jose Serpa (Diquigiovanni-Androni) semasa perlumbaan Le Tour de Langkawi (LTdL) 2009.

"Pelumba berusia 26 tahun ini yang memulakan karier basikal dalam acara cross country, mempunyai pengalaman yang luas dalam dunia dunia perlumbaan dengan mencipta pelbagai kejayaan di peringkat antarabangsa dan mampu menggugat para pelumba daripada 21 pasukan yang bersaing pada JM 2009.

"Ten Speed Events mengucapkan selamat datang kepada pasukan Savings & Loans yang pertama kali menyertai perlumbaan JM kerana pasukan ini kerap menyertai perlumbaan di negara Oceania dan Amerika Utara. Pasukan ini sebenarnya merupakan salah satu pasukan benua UCI paling berjaya dari Australia," katanya.

Pelumba yang menggunakan motto "Don't start climbing that mountain unless you're going to the top" itu juga pernah memenangi peringkat perlumbaan di Tour of Wellington 2009 pada Januari lepas dan juga menduduki tempat kedua keseluruhan perlumbaan Tour of Japan 2008.

Astaman berkata Crawford akan turut digandingkan dengan juara Siri Lebuh raya Kebangsaan Australia 2008, David Pell dan juga pelumba termuda pasukan itu yang berumur 20 tahun iaitu Tim Roe yang merupakan pemenang tempat kedua siri kejohanan yang sama.

Selain itu, pasukan Savings & Loans Cycling akan diperkuatkan dengan penyertaan Steve Robb, Will Dickeson dan Joel Pearson.

Savings & Loans Cycling yang ditubuhkan pada 2004 ini akan bersaing merebut kejuaraan bersama 20 lagi pasukan iaitu Jelly Belly Cycling Team (USA), Bridgestone Anchor (Jepun), Azad University Continental Team (Iran), Shimano Racing Team (Jepun), Polygon Sweetnice Team (Indonesia), Tabriz Petrochemical Team (Iran), Aisan Racing Team (Japan), Ride Sport Racing (Australia), Giant Asia Cycling Team (Chinese Taipei), Bridgestone Anchor (Jepun) Trek Marco Polo Cycling Team (China) dan Doha Team (Qatar), pasukan kebangsaan Indonesia dan Thailand, dan dua pasukan kelab, iaitu Tinelli Colossi Cycling dari New Zealand dan pasukan JazySports Beacon dari Filipina.

Lima pasukan tempatan termasuk Malaysia, MNCF Cycling Team, Terengganu, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan LeTua tidak ketinggalan menampilkan pelumba terbaik masing-masing untuk merebut kejuaraan dalam perlumbaan berstatus 2.2 ini.

Kesemua pelumba bakal melalui jarak perlumbaan sejauh 1,329.6km dengan memulakan saingan peringkat pertama dari Kuala Selangor ke Ipoh, peringkat dua (Ipoh-Sungai Petani), peringkat tiga (Gerik-Tanah Merah), peringkat empat (Pasir Mas-Kuala Terengganu), peringkat lima (Kuala Terengganu-Kuantan), peringkat enam (Kuantan-Bera), peringkat tujuh (Tanjung Malim-Genting) sebelum menamatkan perlumbaan peringkat lapan iaitu perlumbaan kriterium di Dataran Merdeka.
 

Sponsors

Route Map

Click here to enlarge the route map!

Jelajah Stages

Stage 1
Sunday, 19th April 2009
Distance: 176.8 km

Route:
KUALA SELANGOR TO IPOH
Stage 2
Monday, 20th April 2009
Distance: 192.7 km

Route:
IPOH TO SUNGAI PETANI
Stage 3
Tuesday, 21st April
Distance: 172.3 km

Route:
GERIK TO TANAH MERAH
Stage 4
Wednesday, 22nd April 2009
Distance: 177.5 km

Route:
PASIR MAS TO KUALA TERENGGANU
Stage 5
Thursday, 23rd April 2009
Distance: 204.8 km

Route:
KUALA TERENGGANU TO KUANTAN
Stage 6
Friday, 24th April 2009
Distance: 136.1 km

Route:
GAMBANG TO BERA
Stage 7
Saturday, 25th April 2009
Distance: 117.0 km

Route:
TANJUNG MALIM TO GENTING
Stage 8
Sunday, 26th April 2009
Distance: 70.4 km

Route:
KUALA LUMPUR CRITERIUM

Weather

Kuala Lumpur, MY

Now
Mostly Cloudy
28°C, Windchill: 28°C
Wind: 0 kph N
Humidity: 84%
Pressure: 1,009 mb steady
Sunrise: 7:01 am
Sunset: 7:17 pm


Copyright © 2009 Jelajah Malaysia. Powered by Vivify.