Tuesday 07th of February 2012
Jelajah Malaysia Kembali
smaller text tool iconmedium text tool iconlarger text tool icon

Oleh Azidan Nahar
This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it

TERGENDALA gara-gara masalah kewangan sebelum ini, jelajah berbasikal tertua tanah air, Jelajah Malaysia 2009 (JM09) akan kembali menemui peminatnya bermula 19-26 April ini.

Lebih dari itu, JM09 bakal menawarkan lapan peringkat perlumbaan berbanding tujuh tahun lalu bersama kehadiran 20 pasukan dari seluruh dunia termasuk lima pasukan dari Malaysia.

Perlumbaan berstatus 2.2 itu juga akan mempertaruhkan dua peringkat pendakian Kategori 1 yang akan memberi cabaran utama buat pelumba negara terutama selepas aksi hambar pada Le Tour de Langkawi baru-baru ini.

“Kita sudah sampai ke tahap akhir urusan penajaan dan kita akan umumkan selepas ini,” kata Pengerusi JM09, Datuk Astaman Abd Aziz pada sidang media pelancaran logo dan laluan perlumbaan itu, semalam.

Majlis pelancaran disempurnakan Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Wee Jeck Seng. Hadir sama Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (MNCF), Abu Samah Wahab.

Astaman berkata, walaupun menawarkan lapan peringkat perlumbaan, kos penganjuran edisi ketiga di bawah kendalian Ten Speed Events Sdn Bhd itu masih sama seperti tahun lalu iaitu sekitar RM4 juta.

“Kita perlu mengadakan lapan peringkat perlumbaan untuk memasukkan dua peringkat pendakian Kategori 1 itu, kosnya tidak bertambah kerana pihak hotel menawarkan penginapan dengan harga yang menarik kepada kita,” kata Astaman.

Mengenai kehadiran ramai pelumba profesional pada edisi kali ini dan dua pendakian Kategori 1, Astaman menjelaskan ia adalah sesuatu yang bagus untuk pelumba negara.

Tegasnya, JM09 seharusnya menjadi medan untuk membangunkan pelumba negara yang boleh meningkat bagi memberi saingan kepada pelumba luar negara terutama di laluan berbukit.

Sementara itu, Astaman mendedahkan pihaknya juga menerima tawaran daripada Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) bagi membolehkan JM09 dinaik taraf kepada 2.1 tetapi pihaknya merasakan belum tiba masanya untuknya memikirkan mengenai tawaran itu.

JM09 akan memulakan saingan Peringkat 1 dari Kuala Selangor-Ipoh, seterusnya Ipoh-Sungai Petani, Gerik-Tanah Merah, Pasir Mas-Kuala Terengganu dan Kuala Terengganu-Kuantan.

Peringkat 6 akan bermula dari Kuantan ke Bera seterusnya Tanjung Malim ke Genting Highlands sebelum ditamatkan pada Kriterium Kuala Lumpur pada 9 April membabitkan perlumbaan sejauh 1,240 kilometer.

Source: http://www.bharian.com.my
 

Sponsors

Route Map

Click here to enlarge the route map!

Jelajah Stages

Stage 1
Sunday, 19th April 2009
Distance: 176.8 km

Route:
KUALA SELANGOR TO IPOH
Stage 2
Monday, 20th April 2009
Distance: 192.7 km

Route:
IPOH TO SUNGAI PETANI
Stage 3
Tuesday, 21st April
Distance: 172.3 km

Route:
GERIK TO TANAH MERAH
Stage 4
Wednesday, 22nd April 2009
Distance: 177.5 km

Route:
PASIR MAS TO KUALA TERENGGANU
Stage 5
Thursday, 23rd April 2009
Distance: 204.8 km

Route:
KUALA TERENGGANU TO KUANTAN
Stage 6
Friday, 24th April 2009
Distance: 136.1 km

Route:
GAMBANG TO BERA
Stage 7
Saturday, 25th April 2009
Distance: 117.0 km

Route:
TANJUNG MALIM TO GENTING
Stage 8
Sunday, 26th April 2009
Distance: 70.4 km

Route:
KUALA LUMPUR CRITERIUM

Weather

Kuala Lumpur, MY

Now
Mostly Cloudy
26°C, Windchill: 26°C
Wind: 3 kph NW
Humidity: 94%
Pressure: 1,009 mb steady
Sunrise: 7:28 am
Sunset: 7:27 pm


Copyright © 2009 Jelajah Malaysia. Powered by Vivify.