Tuesday 07th of February 2012
JM 2009: Penampilan Pertama Sergey Kudentsov Dalam Polygon Sweetnice
smaller text tool iconmedium text tool iconlarger text tool icon

KUALA LUMPUR: Pakar pecut dari Rusia, Sergey Kudentsov buat kemunculan sulungnya bersama pasukan Polygon Sweet Nice dari Indonesia pada Jelajah Malaysia (JM) 2009 yang bermula 19 hingga 26 April ini.

Pengarah Eksekutif kejohanan Datuk Astaman Abdul Aziz berkata pelumba berusia 31 tahun itu akan memperkuatkan lagi pasukan itu terutama sekali semasa perlumbaan di laluan landai dan di penamat setiap peringkat perlumbaan.

"JM bakal menjadi gelanggang pertama buat Kudentsov yang baru bergabung dengan Polygon Sweet Nice awal bulan ini setelah sebelum ini berlumba bersama pasukan Marco Polo.   

"Kami yakin kehadiran Kudentsov pastinya akan menambahkan saingan buat pelumba pecut yang lain terutama pemegang jersi raja pecut JM pada edisi lepas iaitu Anuar Manan," katanya.

Kudentsov yang berasal dari Rostov on Don, Rusia pernah memenangi dua peringkat perlumbaan di Tour of Hainan 2007 dan beliau juga aktif dalam menyertai perlumbaan trek bagi acara pursuit.

Astaman berkata Kudentsov akan digandingkan dengan seorang lagi pakar pecut dalam pasukan itu iaitu Artemiy Timofeev yang juga berasal dari Rusia.

Katanya pasukan yang berasal dari Surabaya itu akan turut diperkuatkan dengan dua pelumba Kazakhstan iaitu  Artyom Golovaschenko dan Kiril Kavantsev manakala pelumba yang lain merupakan pelumba tempatan Indonesia iaitu Hari Fitrianto serta Herwin Jaya.

"Gandingan pelumba dari tiga negara ini adalah seimbang daripada segi kekuatan para pelumba yang akan mengharungi laluan landai mahupun berbukit. Pasukan ini diharap mampu untuk menggugat 20 pasukan lain yang merebut kejuaraan pada JM 2009," katanya.

Selain Polygon Sweet Nice, 20 pasukan lain yang akan bertarung pada JM 2009 ialah pasukan kebangsaan Malaysia, Indonesia, Thailand, Tabriz Petrochemical Team (Iran), Islamic Azad University Team (Iran), Shimano Racing Team (Jepun), Aisan Racing Team (Jepun), Bridgestone Anchor (Jepun), MNCF Continental, LeTua Cycling Team, Malaysian Armed Forces, Terengganu, Trek Marco Polo Cycling Team (China), Giant Asia Racing Team (Taiwan), Doha Team (Qatar), Ride Sport Racing (Australia), Savings & Loan Cycling Team (Australia), Jelly Belly Cycling Team (Amerika Syarikat), Tinelli Colossi Cycling Team (New Zealand) dan JazySports-Beacon Philippines (Filipina).

JM 2009 akan merangkumi perlumbaan sejauh 1,240km dengan memulakan saingan peringkat pertama dari Kuala Selangor ke Ipoh, peringkat dua (Ipoh-Sungai Petani), peringkat tiga (Gerik-Tanah Merah), peringkat empat (Pasir Mas-Kuala Terengganu), peringkat lima (Kuala Terengganu-Kuantan), peringkat enam (Kuantan-Bera), peringkat tujuh (Tanjung Malim-Genting) sebelum menamatkan perlumbaan peringkat lapan iaitu perlumbaan kriterium di Dataran Merdeka.
 

Sponsors

Route Map

Click here to enlarge the route map!

Jelajah Stages

Stage 1
Sunday, 19th April 2009
Distance: 176.8 km

Route:
KUALA SELANGOR TO IPOH
Stage 2
Monday, 20th April 2009
Distance: 192.7 km

Route:
IPOH TO SUNGAI PETANI
Stage 3
Tuesday, 21st April
Distance: 172.3 km

Route:
GERIK TO TANAH MERAH
Stage 4
Wednesday, 22nd April 2009
Distance: 177.5 km

Route:
PASIR MAS TO KUALA TERENGGANU
Stage 5
Thursday, 23rd April 2009
Distance: 204.8 km

Route:
KUALA TERENGGANU TO KUANTAN
Stage 6
Friday, 24th April 2009
Distance: 136.1 km

Route:
GAMBANG TO BERA
Stage 7
Saturday, 25th April 2009
Distance: 117.0 km

Route:
TANJUNG MALIM TO GENTING
Stage 8
Sunday, 26th April 2009
Distance: 70.4 km

Route:
KUALA LUMPUR CRITERIUM

Weather

Kuala Lumpur, MY

Now
Mostly Cloudy
26°C, Windchill: 26°C
Wind: 3 kph NW
Humidity: 94%
Pressure: 1,008 mb falling
Sunrise: 7:28 am
Sunset: 7:27 pm


Copyright © 2009 Jelajah Malaysia. Powered by Vivify.