Tuesday 07th of February 2012
Lebih mencabar
smaller text tool iconmedium text tool iconlarger text tool icon

KUALA LUMPUR - Persiapan perlumbaan Jelajah Malaysia (JM) 2009 kini tiba di kemuncaknya setelah 13 bulan berlalu.

Pada penamat edisi 2008 di Dataran Merdeka, penganjur berjanji perlumbaan berbasikal tertua negara bagi tahun 2009 akan jauh lebih mencabar dan menarik dari yang terdahulu.

Kini janji itu hampir tertunai apabila pada majlis pelancarannya di Dewan Perdana ISN, Kompleks Sukan Negara Bukit Jalil, peta laluan perlumbaan yang diumumkan jelas lebih mencabar daripada mana-mana jelajah berbasikal pernah diadakan di negara ini.

Pengarah Eksekutif kejohanan Datuk Astaman Abdul Aziz berkata walaupun langkah drastik menunda tarikh kejohanan terpaksa diambil disebabkan keadaan ekonomi tidak menentu, khususnya untuk penajaan acara sukan, tetapi ianya akan menjadi lebih meriah dengan penambahan satu lagi peringkat pertandingan kepada lapan peringkat berbanding dengan hanya tujuh hari pada tahun-tahun sebelumnya.

“Laluan kali ini telah dipilih berdasarkan maklum balas dari pelumba dan pegawai kejohanan yang lain, dan jarak perlumbaan sejauh 1240 kilometer akan menguji kesemua 120 pelumba dari 20 pasukan yang dijemput ke tahap maksimum.

“Dalam pada itu juga, kami amat berbangga kerana dalam jangka masa hanya dua tahun sahaja, perlumbaan ini telah dipertimbangkan Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) untuk dinaiktarafkan dari kategori 2.2 yang sedia ada kepada kategori 2.1 yang lebih berprestij.
Namun, keadaan yang kurang sesuai telah memaksa kami untuk menolak tawaran tersebut demi mengekalkan piawai yang telah kami tetapkan berdasarkan kepada iklim penajaan sekarang,” katanya.

JM 2009 dijangka bermula di Kuala Selangor dan tamat di Bandaraya Ipoh pada 19 April, dan akan bergerak mengikut arah jam dari utara ke Pantai Timur sebelum kembali ke Kuala Lumpur pada 26 April.

Peringkat Kedua akan menyaksikan pelumba berlepas dari Ipoh untuk Sungai Petani dan seterusnya ke Gerik bagi permulaan Peringkat Ketiga dan pendakian yang pertama untuk acara tahun ini sebelum tamat di Tanah Merah.

Laluan landai menanti pelumba di Peringkat Keempat (dari Pasir Mas ke Kuala Terengganu), Peringkat Kelima (dari Kuala Terengganu ke Kuantan) dan Peringkat Keenam (dari Kuantan ke Bera) bagi membolehkan pakar pecut menonjolkan diri sebelum peringkat pendakian dari Tanjung Malim ke Genting Highlands pada 25 April dan pertarungan penghabisan pelumba pecut pada Kriterium Kuala Lumpur.

Majlis Pelancaran Imej dan Pengumuman Laluan JM 2009 disempurnakan Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Wee Jeck Seng yang mewakili Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Sokongan pentadbiran dan kewangan dari Kementerian Belia dan Sukan (KBS) turut bertambah dari tahun ke tahun, dan bagi membalas budi KBS, penganjur berjanji melangsungkan perlumbaan yang terbaik kali ini.

Perlumbaan kali ini juga cukup mencabar buat pelumba tempatan kerana inilah kali pertama JM akan melalui dua pendakian Kategori 1 (iaitu di Banjaran Titiwangsa dan di Genting Highlands).

Sejumlah RM280,000 diperuntukkan sebagai hadiah tunai, jumlah paling besar di dalam sejarah kejohanan dan sejajar dengan penaikan taraf Malaysia ke kategori Asia ‘A’ oleh UCI, berbanding RM245,000 tahun lalu.

Astaman berkata penambahan hadiah tunai ini diharap akan dapat membakar semangat pelumba tempatan dan seterusnya meningkatkan prestasi mereka.

Mengetuai cabaran pelumba tempatan adalah pasukan kebangsaan Malaysia dan pasukan benua Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (MNCF) serta pasukan Letua Cycling Team. Mereka juga akan diiringi pasukan negeri Terengganu dan pasukan Angkatan Tentera Malaysia yang akan mengambil bahagian buat kali pertama di dalam siri perlumbaan Jelajah Malaysia.

Source: http://www.sinarharian.com.my
 

Sponsors

Route Map

Click here to enlarge the route map!

Jelajah Stages

Stage 1
Sunday, 19th April 2009
Distance: 176.8 km

Route:
KUALA SELANGOR TO IPOH
Stage 2
Monday, 20th April 2009
Distance: 192.7 km

Route:
IPOH TO SUNGAI PETANI
Stage 3
Tuesday, 21st April
Distance: 172.3 km

Route:
GERIK TO TANAH MERAH
Stage 4
Wednesday, 22nd April 2009
Distance: 177.5 km

Route:
PASIR MAS TO KUALA TERENGGANU
Stage 5
Thursday, 23rd April 2009
Distance: 204.8 km

Route:
KUALA TERENGGANU TO KUANTAN
Stage 6
Friday, 24th April 2009
Distance: 136.1 km

Route:
GAMBANG TO BERA
Stage 7
Saturday, 25th April 2009
Distance: 117.0 km

Route:
TANJUNG MALIM TO GENTING
Stage 8
Sunday, 26th April 2009
Distance: 70.4 km

Route:
KUALA LUMPUR CRITERIUM

Weather

Kuala Lumpur, MY

Now
Mostly Cloudy
26°C, Windchill: 26°C
Wind: 3 kph NW
Humidity: 94%
Pressure: 1,009 mb steady
Sunrise: 7:28 am
Sunset: 7:27 pm


Copyright © 2009 Jelajah Malaysia. Powered by Vivify.