Saturday 19th of May 2012
MILO Teruskan Kesetiaan Bersama JM
smaller text tool iconmedium text tool iconlarger text tool icon

KUALA LUMPUR: Milo sekali lagi sudi menjadi salah satu penaja pada perlumbaan Jelajah Malaysia (JM) 2009 yang akan bermula 19 hingga 26 April ini.

Pengarah Eksekutif kejohanan Datuk Astaman Abdul Aziz berkata kesetiaan Milo memberi peluang kepada JM untuk terus mempertingkatkan mutu perlumbaan pada setiap tahun.

"Minuman coklat popular, Milo sering kali dikaitkan dengan minuman berkhasiat yang baik untuk melakukan aktiviti kecergasan dan sukan. Saya cukup gembira apabila Milo setiap kali tanpa henti membantu penganjuran JM," katanya di ibu pejabat Ten Speed Events Sdn Bhd di sini hari ini.

Beliau berkata demikian semasa majlis penyampaian tajaan oleh Milo dan juga pengumuman tentang acara sampingan yang akan memeriahkan lagi perlumbaan JM 2009.

Astaman berkata acara sampingan yang dinamakan Aksi Stunt Kreatif Basikal (AKAL) akan dipertandingkan kepada semua peringkat termasuklah acara pertandingan basikal ranggi, Raja Wheelie, Raja Vkang dan Raja Pecut.

"Semua acara yang ada memenuhi pelbagai peringkat umur perlumbaan seperti pertandingan basikal ranggi yang memberi peluang kepada pemilik basikal saiz 20 inci dan frame mini menggunakan kreativiti untuk mengubah suai basikal mereka manakala Raja Vkang memberi peluangĀ  kepada pelumba berbakat yang mampu mengangkat tayar berlakang paling jauh," katanya.

Beliau berkata tiada yuran penyertaan diadakan dan tujuh lokasi pertandingan akan diadakan iaitu di Old Town Hall, Ipoh pada 19 April; Dataran Jam Besar, Sungai Petani (20 April); Dataran Tanah Merah, Tanah Merah (21 April); Dataran Syahbandar, Kuala Terengganu (22 April); Padang MPK1, Kuantan (23 April); Dataran Kerayong, Bandar Bera (24 April) dan Dataran Merdeka Kuala Lumpur (26 April).

"Festival Berbasikal Jelajah Malaysia 09 akan turut diadakan di Dataran Merdeka dengan mempertandingkan KL BMX Jam serta AKAL Final Showdown yang akan menjemput juara dan naib juara di enam lokasi sebelum ini untuk berentap ke pusingan akhir," katanya.

Jelajah Malaysia 2009 yang akan bermula 19 hingga 26 April ini dianjurkan oleh Ten Speed Events Sdn Bhd dan diberikan status 2.2 oleh Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI).

Perlumbaan sejauh 1,329.6km itu akan memulakan saingan peringkat pertama dari Kuala Selangor ke Ipoh, peringkat dua (Ipoh-Sungai Petani), peringkat tiga (Gerik-Tanah Merah), peringkat empat (Pasir Mas-Kuala Terengganu), peringkat lima (Kuala Terengganu-Kuantan), peringkat enam (Kuantan-Bera), peringkat tujuh (Tanjung Malim-Genting) sebelum menamatkan perlumbaan peringkat lapan iaitu perlumbaan kriterium di Dataran Merdeka.
 

Sponsors

Route Map

Click here to enlarge the route map!

Jelajah Stages

Stage 1
Sunday, 19th April 2009
Distance: 176.8 km

Route:
KUALA SELANGOR TO IPOH
Stage 2
Monday, 20th April 2009
Distance: 192.7 km

Route:
IPOH TO SUNGAI PETANI
Stage 3
Tuesday, 21st April
Distance: 172.3 km

Route:
GERIK TO TANAH MERAH
Stage 4
Wednesday, 22nd April 2009
Distance: 177.5 km

Route:
PASIR MAS TO KUALA TERENGGANU
Stage 5
Thursday, 23rd April 2009
Distance: 204.8 km

Route:
KUALA TERENGGANU TO KUANTAN
Stage 6
Friday, 24th April 2009
Distance: 136.1 km

Route:
GAMBANG TO BERA
Stage 7
Saturday, 25th April 2009
Distance: 117.0 km

Route:
TANJUNG MALIM TO GENTING
Stage 8
Sunday, 26th April 2009
Distance: 70.4 km

Route:
KUALA LUMPUR CRITERIUM

Weather

Kuala Lumpur, MY

Now
Mostly Cloudy
28°C, Windchill: 28°C
Wind: 0 kph N
Humidity: 84%
Pressure: 1,009 mb steady
Sunrise: 7:01 am
Sunset: 7:17 pm


Copyright © 2009 Jelajah Malaysia. Powered by Vivify.