Tuesday 07th of February 2012
Mohd Jasmin Mahu Tiba Dulu Di Garisan Penamat Kuala Terengganu
smaller text tool iconmedium text tool iconlarger text tool icon

KUALA LUMPUR: Pelumba berpengalaman, Mohd Jasmin Ruslan yang mewakili pasukan Terengganu mahu menjadi pelumba pertama sampai di garisan penamat di kampung halamannya, di Kuala Terengganu pada perlumbaan Jelajah Malaysia (JM) 2009 yang akan bermula pada 19 hingga 26 April ini.

Bagaiamanapun, beliau yang juga ketua pasukan dan perancang dalam skuad lumba basikal Terengganu itu, menyedari saingan yang bakal dihadapi kerana bukan beliau sahaja yang menyimpan hasrat untuk membanggakan rakyat negeri sendiri pada peringkat keempat JM 2009 iaitu dari Pasir Mas
ke Kuala Terengganu.

"Memang ramai pelumba dalam kejohanan ini berasal dari Terengganu. Kalau boleh saya memang mahu jadi pelumba berasal dari Terengganu yang pertama sampai di garisan penamat," kata anak kelahiran Cabang Tiga, Kuala Terengganu berusia 27 tahun itu.

Selaku ketua pasukan dan menyifatkan pasukannya lengkap, Mohd Jasmin berani menaruh harapan tinggi untuk menjulang pasukannya di dalam kelompok tiga pasukan terbaik keseluruhan selain menjadi juara pasukan tempatan, meskipun pada penampilan sulung mereka dalam JM tahun ini.

Selain Mohd Jasmin yang pernah mewakili negara pada Sukan SEA, Sukan Asia dan Sukan Komanwel 2006, tanggungjawab merealisasikan impian pasukan Terengganu ke podium turut dikongsi bersama lima lagi pelumba berpengalaman iaitu Mohd Nor Umardi Rosdi,  Mohd Hariff Salleh, Mohd Saiful Anuar Aziz, Mohd Shahrul Mat Amin dan Mohd Saufi Mat Senan.

Mohd Nor Umardi adalah bekas pelumba LeTua, Mohd Hariff dan Mohd Saiful pula pernah menyertai pasukan MNCF dalam Le Tour de Langkawi (LTdL) tahun lepas, Mohd Shahrul pula pernah memenangi pingat perak dalam acara lebuh raya dan kriterium pada sukan Arafura 2007, manakala Mohd Saufi pula pernah menyarung jersi negara pada kejohanan Lumba Basikal Asia (ACC) di Nara, Jepun dan Bangkok.

Kemampuan pelumba-pelumba pasukan ini sebelum ini telah teruji pada Kriterium Singapura di mana ketiga-tiga pelumba pasukan itu mendominasi perlumbaan di mana Mohd Saiful muncul juara, Mohd Shahrul di tempat kedua manakala Mohd Nor Umardi di tempat ketiga.

Selaku perancang, Mohd Jasmin berkata Mohd Nor Umardi dan Mohd Saufi bakal memberikan saingan di peringkat pendakian, Mohd Hariff dan beliau sendiri di zon pecutan, manakala Mohd Shahrul dan Mohd Saiful masing-masing bertanggungjawab di bahagian domestik dan membuat pecahan daripada kelompok besar.

Menjelang perlumbaan JM minggu depan, pasukan Terengganu di bawah bimbingan jurulatih Syed Mohd Hussaini Syed Mazlan kini hanya menjalani kayuhan ringan selepas tiga bulan menjalani latihan berat melalui lokasi-lokasi JM tahun ini.

"Kita dah 'down' latihan dan hanya buat berkayuh di laluan berdekatan sahaja untuk mengekalkan kecerdasan. Tapi pada perlumbaan nanti, kita akan buat 'all out' dan saya yakin pada masa itu, tahap pasukan kami berada pada tahap yang tinggi dan baik," kata Mohd Jasmin yang telah sembilan tahun menyarung jersi pasukan kebangsaan Malaysia itu.

Sementara itu,  Pengarah Eksekutif kejohanan Datuk Astaman Abdul Aziz berkata Mohd Jasmin yang mempunyai pengalaman luas sama ada dalam acara trek dan lebuh raya dijangka akan melakukan kejutan pada JM 2009.

"Pengalaman mengikuti latihan di luar negara dalam acara trek, Mohd Jasmin dijangka akan memberi saingan khususnya kepada pakar pecut dan mampu menguasai  mana-mana peringkat perlumbaan nanti," katanya.

Perlumbaan JM 2009 dianjurkan oleh Ten Speed Events Sdn Bhd kini berstatus 2.2 akan diadakan bermula 19 hingga 26 April ini.

JM 2009 akan merangkumi perlumbaan sejauh 1,240km dengan memulakan saingan peringkat pertama dari Kuala Selangor ke Ipoh, peringkat dua (Ipoh-Sungai Petani), peringkat tiga (Gerik-Tanah Merah), peringkat empat (Pasir Mas-Kuala Terengganu), peringkat lima (Kuala Terengganu-Kuantan), peringkat enam (Kuantan-Bera), peringkat tujuh (Tanjung Malim-Genting) sebelum menamatkan perlumbaan peringkat lapan iaitu perlumbaan kriterium di Dataran Merdeka.
 

Sponsors

Route Map

Click here to enlarge the route map!

Jelajah Stages

Stage 1
Sunday, 19th April 2009
Distance: 176.8 km

Route:
KUALA SELANGOR TO IPOH
Stage 2
Monday, 20th April 2009
Distance: 192.7 km

Route:
IPOH TO SUNGAI PETANI
Stage 3
Tuesday, 21st April
Distance: 172.3 km

Route:
GERIK TO TANAH MERAH
Stage 4
Wednesday, 22nd April 2009
Distance: 177.5 km

Route:
PASIR MAS TO KUALA TERENGGANU
Stage 5
Thursday, 23rd April 2009
Distance: 204.8 km

Route:
KUALA TERENGGANU TO KUANTAN
Stage 6
Friday, 24th April 2009
Distance: 136.1 km

Route:
GAMBANG TO BERA
Stage 7
Saturday, 25th April 2009
Distance: 117.0 km

Route:
TANJUNG MALIM TO GENTING
Stage 8
Sunday, 26th April 2009
Distance: 70.4 km

Route:
KUALA LUMPUR CRITERIUM

Weather

Kuala Lumpur, MY

Now
Mostly Cloudy
26°C, Windchill: 26°C
Wind: 3 kph NW
Humidity: 94%
Pressure: 1,008 mb falling
Sunrise: 7:28 am
Sunset: 7:27 pm


Copyright © 2009 Jelajah Malaysia. Powered by Vivify.