25 APRIL 2009
GENTING: Pelumba tempatan, Mohd Nor Rizuan Zainal yang mewakili pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) merampas gelaran raja pecut pada perlumbaan peringkat tujuh Jelajah Malaysia (JM) 2009 sejauh 116.2 kilometer.
Pelumba yang berasal dari Dungun, Terengganu itu mengumpul 24 mata bagi membolehkannya merampas jersi hijau yang sebelum ini dimiliki pelumba pecut dari pasukan Tabriz Petrochemical, Mehdi Sohrabi selama lima peringkat berturut-turut.
"Ini merupakan perlumbaan pertama bagi saya dapat menyarung jersi hijau dan saya banyak berterima kasih kepada pasukan saya dan juga warga ATM terhadap sokongan yang diberikan selama ini. Sebelum ini saya sering membantu pelumba pecut dalam pasukan dulu tetapi hari ini saya gembira dapat menambah mata sekaligus meraih jersi ini," kata pelumba yang berumur 23 tahun itu.
Mohd Nor Rizuan menduduki kedudukan keempat pada zon pecutan pertama di Batang Kali dan menduduki tempat pertama di zon pecutan kedua serta ketiga di Serendah dan Sungai Tua.
"Pada zon pecutan pertama itu saya sepatutnya boleh menduduki tempat yang lebih bagus tetapi terlanggar pemantul jalan," katanya.
Beliau berkata berbanding kekuatan dengan seorang lagi pelumba pecut tempatan Anuar Manan, Mohd Nor Rizuan mengakui beliau masih lagi belum menandingi pelumba itu yang lebih berpengalaman.
"Saya sebenarnya tidak mensasarkan untuk mendapat jersi hijau tetapi lebih kepada sasaran untuk memenangi peringkat perlumbaan.
Bagaimanapun saya akan cuba untuk mengekalkan jersi ini esok," katanya.
Mister Wong
Digg
Del.icio.us
Slashdot
Furl
Yahoo
Technorati
Newsvine
Googlize this
Blinklist
Facebook
Wikio


