KUALA LUMPUR: Dalam meraikan penubuhan pasukan ke-10, pasukan benua dari Amerika Syarikat, Jelly Belly Pro Cycling Team membuat penampilan sulung pada perlumbaan Jelajah Malaysia 2009 yang akan memulakan saingan pada 19 hingga 26 April ini.
Pengarah Eksekutif kejohanan Datuk Astaman Abdul Aziz berkata pasukan itu bakal menampilkan barisan pelumba berbakat seperti Bernard Van Ulden dan Kel Reijnen untuk membuktikan kehandalan dalam perlumbaan sejauh 1,240km ini.
"Kami mengalu-alukan penyertaan kali pertama pasukan ini dan berharap kehadiran pasukan ini akan memberikan saingan kepada 20 pasukan lain dalam perebutan hadiah keseluruhan berjumlah RM280,000.
"Pasukan ini telah memenangi beberapa peringkat perlumbaan di Tour of Hainan dan Tour of Elk Grove pada tahun lepas dan pastinya peminat sukan lumba basikal tanahair tidak akan melepaskan peluang melihat bagaimana pasukan ini menyesuaikan diri dalam cuaca perlumbaan di negara ini sekaligus membuktikan kehebatan mereka," katanya.
Katanya Van Ulden, 30, yang merupakan pakar ujian masa sebelum ini menyertai pasukan Navigators pada 2007 dan pernah menjuarai peringkat lima Tour de Toona (2006) dan menduduki tempat ketiga Kejohanan Ujian Masa Kebangsaan Elit Amerika Syarikat.
Astaman berkata Reijnen yang merupakan pelumba daripada Waste Management Cycling Team yang merupakan pasukan pembangunan Jelly Belly merupakan antara pelumba yang perlu diberi perhatian kerana pelumba berusia 23 tahun ini menduduki tempat kelima keseluruhan dalam Tour of Hainan tahun lepas.
"Pasukan ini juga bakal menampilkan pakar pecut, Charles Huff yang berusia 30 tahun dan pada tahun lepas menjuarai peringkat tiga dalam Tour of Hainan dan pastinya Huff akan memberikan tentangan sengit kepada pelumba negara, Anuar Manan untuk mempertahankan jersi raja pecut," katanya.
Jelly Belly Pro Cycling Team juga akan menampilkan pelumbanya iaitu Matthew Rice (Australia), Matthew Crane (Amerika Syarikat) dan Will Routley (Kanada).
Jelajah Malaysia 2009 yang dianjurkan oleh Ten Speed Events Sdn Bhd akan melibatkan lapan peringkat perlumbaan bermula dari Kuala Selangor ke Ipoh, peringkat dua (Ipoh-Sungai Petani), peringkat tiga (Gerik-Tanah Merah), peringkat empat (Pasir Mas-Kuala Terengganu), peringkat lima (Kuala Terengganu-Kuantan), peringkat enam (Kuantan-Bera), peringkat tujuh (Tanjung Malim-Genting) dan diakhiri dengan peringkat lapan iaitu perlumbaan kriterium di Dataran Merdeka.
Perlumbaan ini diberi status 2.2 oleh Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) dan merupakan salah satu jelajah yang disenarai masuk dalam kalendar UCI Asian Tour.

Mister Wong
Digg
Del.icio.us
Slashdot
Furl
Yahoo
Technorati
Newsvine
Googlize this
Blinklist
Facebook
Wikio