KUALA LUMPUR:- Kejohanan berbasikal tertua negara, Jelajah Malaysia, mengumumkan hari ini penyertaan pasukan ke-21 di dalam perlumbaan tersebut seminggu selepas pemakluman penyertaan 20 pasukan pada majlis pelancarannya pada 17 Mac lalu. Penambahan penyertaan ini telah dibuat oleh Pengerusi Eksekutif perlumbaan tersebut, Datuk Astaman Abdul Aziz pada satu sidang akhbar di sini.
“Jawatankuasa teknikal telah mengambil Keputusan untuk membenarkan penyertaan pasukan Bridgestone Anchor dari Jepun setelah mempertimbangkan permohonan mereka dan Nilai tambahan yang bakal dibawa dengan adanya lebih ramai pelumba tersohor Asia yang bertanding,” katanya.
Beliau juga memberitahu bahawa pasukan tersebut telah sanggup untuk menaja sendiri tambang perjalanan mereka serta membayar denda pendaftaran lewat walaupun kosnya tinggi, semata-mata untuk memastikan yang Jelajah Malaysia tersenarai di dalam kalendar perlumbaan mereka. Astaman juga memaklumkan yang pasukan Bridgestone Anchor akan dibarisi oleh pelumba-pelumba yang tidak asing lagi, iaitu Makoto Iijima, Masamichi Yamanoto, Masaru Fukuhara, Sho Aikawa, Shinpei Fukuda dan Yoshiaki Shimada.
“Sebagai penganjur, kita amat berbangga dengan keazaman yang telah ditunjukkan oleh pasukan Bridgestone Anchor untuk menyertai Jelajah Malaysia dan saya rasa ini menandakan satu anjakan yang besar dari reputasi terdahulu perlumbaan, di mana saya masih ingat kepayahan yang dihadapi oleh pasukan teknikal kami untuk mendapatkan penyertaan pasukan yang hebat-hebat semasa tahun pertama penganjuran kami (Ten Speed Events),” tambah Astaman.
Astaman juga menyatakan bahawa dengan kemasukan pasukan ini, Jelajah Malaysia 2009 kini bakal disertai oleh sebanyak 14 pasukan Benua UCI, serta tiga pasukan Kebangsaan dan tujuh pasukan kelab, dan menjadikan ia salah satu dari perlumbaan yang paling signifikan di Asia dari segi penyertaan.
“Ini merupakan barisan pelumba yang paling kompetitif sepanjang penganjuran acara ini dan jika diambil bersama dengan laluan perlumbaan kali ini, kami percaya yang peminat sukan lumba basikal tanahair akan dihidangkan dengan aksi yang cukup hebat pada Jelajah Malaysia akan datang ini,” kata beliau.
Bilangan negara yang diwakili oleh pelumba-pelumba juga adalah yang tertinggi bagi edisi Jelajah Malaysia 2009 ini, dengan 126 pelumba yang datang dari 23 negara dan 5 benua, sekaligus menjadikan acara ini sebuah kejohanan global buat kali pertama dalam sejarahnya.
Pencabar dari Malaysia akan dipikul sebanyak lima pasukan tempatan termasuk pasukan lebuhraya kebangsaan, pasukan-pasukan benua MNCF Continental Team dan Letua Cycling Team dan pasukan kelab Terengganu Toshiba-Bike Labz serta Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Pasukan-pasukan lain ialah Jelly Belly Cycling Team (USA), Azad University Continental Team (Iran), Savings & Loan Cycling Team (Australia), Shimano Racing Team (Jepun), Polygon Sweetnice Team (Indonesia), Tabriz Petrochemical Team (Iran), Aisan Racing Team (Jepun), Ride Sport Racing (Australia), Giant Asia Cycling Team (Taiwan), Bridgestone Anchor (Jepun) Trek Marco Polo Cycling Team (China) dan Doha Team (Qatar), pasukan kebangsaan Indonesia dan Thailand, dan dua pasukan kelab, iaitu Tinelli Colossi Cycling dari New Zealand dan pasukan JazySports Beacon dari Filipina.
Jelajah Malaysia 2009 akan melalui jarak sejauh 1,240km, dan bakal memulakan saingan Peringkat Pertama dari Kuala Selangor ke Ipoh (19 April 2009), Peringkat Kedua dari Ipoh ke Sungai Petani (20 April 2009), Peringkat Ketiga dari Gerik ke Tanah Merah (21 April 2009), Peringkat Keempat dari Pasir Mas ke Kuala Terengganu (22 April 2009), Peringkat Kelima dari Kuala Terengganu ke Kuantan (23 April 2009), Peringkat Keenam dari Kuantan ke Bera (24 April 2009) dan Peringkat Ketujuh dari Tanjung Malim ke Genting Highlands (25 April 2009) sebelum menamatkan perlumbaan Peringkat Kelapan dan terakhir iaitu perlumbaan kriterium di Dataran Merdeka (26 April 2009).

Mister Wong
Digg
Del.icio.us
Slashdot
Furl
Yahoo
Technorati
Newsvine
Googlize this
Blinklist
Facebook
Wikio