Pemenang Peringkat Enam: Taiji Nishitani
Terus terang saya sangat gembira dan berpuas hati dapat memenangi perlumbaan hari ini kerana pelumba dari Australia juga memberi tentangan sengit. Saya bagaimanapun mengekori rapat pelumba Australia itu sehingga ke garisan penamat.
Jersi Hijau Dan Kuning: Mehdi Sohrabi
Saya akan bekerja untuk rakan sepasukan esok bagi mengekalkan jersi kuning masih dimenangi oleh pasukan Tabriz Petrochemical.
Jersi Polka Dot: Abbas Saeiditanha
Hari ini pasukan saya mendapat jersi raja pecut dan jersi raja bukit. Diharapkan esok kami dapat mengekalkan kedua-dua jersi ini dan kami akan melakukan yang terbaik.
Jersi Putih: Suhardi Hassan
Rakan sepasukan hari ini banyak membuat breakaway iaitu Wan Mohd Najmee Wan Mohd semasa kilometer ke-60 dan beliau dapat berada dalam kelompok depan. Saya akan merancang satu taktik dengan kawan-kawan untuk mempertahankan kedudukan saya esok.
Mister Wong
Digg
Del.icio.us
Slashdot
Furl
Yahoo
Technorati
Newsvine
Googlize this
Blinklist
Facebook
Wikio


