Pasukan kami datang ke sini dengan harapan besar dan hari ini merupakan hari yang hebat buat kami apabila turut membawa pulang jersi ini. Kemenangan hari ini adalah hasil perancangan pasukan kami. Perlumbaan Jelajah Malaysia 2009 dianjurkan dengan rapi dan merupakan antara perlumbaan berstatus 2.2 terbaik sehingga kini dengan sokongan padu polis dan juga media.
Jersi Polka Dot: Abbas Saeiditanha
Saya mengucapkan tahniah kepada pelumba Australia yang berlumba dengan baik dalam peringkat yang paling sukar ini. Bagaimanapun saya gembira dapat mengekalkan jersi ini biarpun cuaca sangat panas bagi pelumba pasukan kami.
Jersi Hijau: Mohd Nor Rizuan Zainal
Ini merupakan perlumbaan pertama bagi saya dapat menyarung jersi hijau dan saya banyak berterima kasih kepada pasukan saya dan juga warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) terhadap sokongan yang diberikan selama ini. Sebelum ini saya sering membantu pelumba pecut dalam pasukan dulu tetapi hari ini saya gembira dapat menambah mata sekaligus meraih jersi ini.
Jersi Putih: Muhamad Rauf Misbah
Saya tidak menyangka mendapat jersi ini kerana tadi saya hanya berkayuh dengan mengekalkan kedudukan dalam kelompok di depan. Saya ingatkan Suhardi Hassan dapat memegang jersi ini sehingga tamat perlumbaan memandangkan perbezaan masa beliau dengan saya agak jauh iaitu kira-kira empat minit.
Mister Wong
Digg
Del.icio.us
Slashdot
Furl
Yahoo
Technorati
Newsvine
Googlize this
Blinklist
Facebook
Wikio


