Tuesday 07th of February 2012
Polis Tambah Bilangan Anggota Pastikan JM 2009 Lancar
smaller text tool iconmedium text tool iconlarger text tool icon

 

KUALA LUMPUR: Seramai 106 pegawai dan anggota Polis Di Raja Malaysia (PDRM) akan bertugas sepanjang kejohanan lumba basikal Jelajah Malaysia (JM) 2009 yang akan bermula pada 19 hingga 26 April ini.


Ketua Bahagian Keselamatan dan Trafik (HOD) Superintendan Hamzah Ahmad berkata bilangan anggota dan pegawia polis itu bertambah berbanding tahun lepas hanya seramai 65 orang. Katanya, bilangan anggota petugas polis meningkat ekoran daripada pertambahan terhadap keadaan lalu lintas dan laluan perlumbaan yang banyak melibatkan kawasan kampung.

"PDRM menambah bilangan pegawai dan anggota kerana kita mengambil kira keadaan lalu lintas yang semakin meningkat serta laluan perlumbaan yang agak mencabar dan tertumpu di kawasan-kawasan kampung," katanya. Beliau berkata jumlah anggota itu terdiri daripada 71 anggota dan lima pegawai dari bahagian trafik, 29 anggota
dan seorang pegawai di bahagian sekuriti manakala 57 motorsikal akan digunakan sepanjang JM tahun ini Hamzah berkata polis juga telah mengenalpasti dua lokasi laluan perlumbaan yang agak sukar dan mencabar iaitu laluan Gerik ke Tanah Merah dan Kuantan ke Bera. "Dua laluan ini akan menjadi licin apabila hujan turun lebat selain laluan yang agak berliku. Jadi saya harapkan konvoi dapat mengikut arahan yang diberikan. Saya ingatkan juga konvoi supaya bergerak pada kelajuan yang bersesuaian selain menjaga jarak antara satu kereta yang lain. "Kami juga nasihatkan konvoi menggunakan lampu 'hazard' dalam keadaan cuaca yang lembap itu," katanya. Kepada penduduk kampung yang akan menjadi laluan pelumba, Hamzah meminta supaya pengguna-pengguna jalan raya di kawasan berkenaan mengikut semua arahan yang diberikan oleh polis.

Ini bertujuan mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku di mana sekiranya konvoi sedang bergerak dan pemandu atau penunggang motorsikal mencelah di tengah konvoi, ianya boleh mengundang bahaya kepada konvoi serta pengguna jalan raya itu."Kejohanan ini dijalankan setahun sekali. Dunia juga sedang menontonnya. Jadi kita memang mengharapkan kerjasama semua orang yang terlibat," katanya.

Sementara itu, Ketua Eksekutif kejohanan Datuk Astaman Abdul Aziz berkata mengenai aspek keselamatan, beliau berkata PDRM telah membuat perancangan khusus untuk menyelia semua aspek keselamatan termasuklah keselamatan orang awam dan pelumba di sepanjang kejohanan itu. "Mereka akan mengawasi keselamatan JM bagi mengelak sebarang insiden tidak diingini berlaku," katanya.

Perlumbaan JM 2009 dianjurkan oleh Ten Speed Events Sdn Bhd kini berstatus 2.2 akan diadakan bermula 19 hingga 26 April ini. JM 2009 akan merangkumi perlumbaan sejauh 1,240km dengan memulakan saingan peringkat pertama dari Kuala Selangor ke Ipoh, peringkat dua (Ipoh-Sungai Petani), peringkat tiga (Gerik-Tanah Merah), peringkat empat (Pasir Mas-Kuala Terengganu), peringkat lima (Kuala Terengganu-Kuantan), peringkat enam (Kuantan-Bera), peringkat tujuh (Tanjung Malim-Genting) sebelum menamatkan perlumbaan peringkat lapan iaitu perlumbaan kriterium di Dataran Merdeka.
 

 

 

Sponsors

Route Map

Click here to enlarge the route map!

Jelajah Stages

Stage 1
Sunday, 19th April 2009
Distance: 176.8 km

Route:
KUALA SELANGOR TO IPOH
Stage 2
Monday, 20th April 2009
Distance: 192.7 km

Route:
IPOH TO SUNGAI PETANI
Stage 3
Tuesday, 21st April
Distance: 172.3 km

Route:
GERIK TO TANAH MERAH
Stage 4
Wednesday, 22nd April 2009
Distance: 177.5 km

Route:
PASIR MAS TO KUALA TERENGGANU
Stage 5
Thursday, 23rd April 2009
Distance: 204.8 km

Route:
KUALA TERENGGANU TO KUANTAN
Stage 6
Friday, 24th April 2009
Distance: 136.1 km

Route:
GAMBANG TO BERA
Stage 7
Saturday, 25th April 2009
Distance: 117.0 km

Route:
TANJUNG MALIM TO GENTING
Stage 8
Sunday, 26th April 2009
Distance: 70.4 km

Route:
KUALA LUMPUR CRITERIUM

Weather

Kuala Lumpur, MY

Now
Mostly Cloudy
26°C, Windchill: 26°C
Wind: 3 kph NW
Humidity: 94%
Pressure: 1,008 mb falling
Sunrise: 7:28 am
Sunset: 7:27 pm


Copyright © 2009 Jelajah Malaysia. Powered by Vivify.