Saturday 19th of May 2012
| REVIVE Minuman Isotonik Rasmi Jelajah Malaysia 2009 |
|
KUALA LUMPUR: REVIVE Isotonik diumumkan sebagai minuman isotonik rasmi Jelajah Malaysia 2009 oleh penganjur Ten Speed Events Sdn Bhd hari ini. Datuk Astaman Abdul Aziz, Pengarah Eksekutif kejohanan, berkata beliau gembira apabila sekali lagi REVIVE Isotonik sudi menaja dalam perlumbaan Jelajah Malaysia 2009 dan ini membuktikan kerjasama yang erat antara dua pihak. "Kami berasa gembira kerana berpeluang untuk menaja Jelajah Malaysia buat tahun kedua dengan REVIVE Isotonik. REVIVE dapat membantu para pelumba yang bertanding khasnya selepas mengharungi cabaran yang begitu hebat di laluan-laluan yang begitu mencabar tahun ini. REVIVE mengandungi formulasi unik Vitamin B3, B6 dan B12 untuk meningkatkan metabolisme badan dan jumlah elektrolit yang secukupnya seperti natrium dan kalium untuk menghidratkan semula dan menggantikan bendalir badan yang hilang dari tubuh setiap pelumba,” kata Hemalatha Ragavan, Pengurus Pemasaran Permanis Sdn Bhd, pengedar rasmi REVIVE Isotonik Di samping itu, REVIVE disediakan dalam adunan unik rasa limau gedang dengan perisa oren. Biarpun tinggal sembilan hari saja lagi, Ten Speed Events kini sudah bersedia untuk memulakan perlumbaan basikal jelajah yang berstatus 2.2 ini. Datuk Astaman berkata persiapan kini sudah 90 peratus lancar dan hanya tinggal beberapa perkara kecil yang dijangka selesai dalam masa terdekat. "Dalam mesyuarat terakhir ketua-ketua jabatan pada 7 April 2009 baru-baru ini, kesemua jabatan dan agensi-agensi terlibat menyuarakan kesediaan penuh untuk memulakan kerja dalam JM tahun ini. Hanya mesyuarat penyelarasan di peringkat negeri sahaja yang sedang berlangsung dan setakat ini kesemua kerajaan negeri memberikan sokongan yang begitu positif kepada acara ini," jelas Astaman lagi. Perlumbaan Jelajah Malaysia 2009 akan bermula 19 April ini akan melalui jarak perlumbaan sejauh 1,240km dengan memulakan saingan peringkat pertama dari Kuala Selangor ke Ipoh, peringkat dua (Ipoh-Sungai Petani), peringkat tiga (Gerik-Tanah Merah), peringkat empat (Pasir Mas-Kuala Terengganu), peringkat lima (Kuala Terengganu-Kuantan), peringkat enam (Kuantan-Bera), peringkat tujuh (Tanjung Malim-Genting) sebelum menamatkan perlumbaan peringkat lapan iaitu perlumbaan kriterium di Dataran Merdeka. |
Sponsors

Jelajah Stages
- Stage 1
- Stage 2
- Stage 3
- Stage 4
- Stage 5
- Stage 6
- Stage 7
- Stage 8
Weather
Kuala Lumpur, MYNow

Mostly Cloudy
28°C, Windchill: 28°C
Wind: 0 kph N
Humidity: 84%
Pressure: 1,009 mb steady
Sunrise: 7:01 am
Sunset: 7:17 pm
28°C, Windchill: 28°C
Wind: 0 kph N
Humidity: 84%
Pressure: 1,009 mb steady
Sunrise: 7:01 am
Sunset: 7:17 pm
Mister Wong
Digg
Del.icio.us
Slashdot
Furl
Yahoo
Technorati
Newsvine
Googlize this
Blinklist
Facebook
Wikio
