26 APRIL 2009
KUALA LUMPUR: Pelumba pasukan Savings & Loan Cycling, Timothy Roe mencatatkan kemenangan peribadi antarabangsa yang pertama dengan meraih jersi kuning pada peringkat lapan Jelajah Malaysia (JM) 2009 yang menamatkan perlumbaan hari ini.
Pelumba yang berasal dari Selatan Australia itu merekodkan 29 jam 31 minit dan 28 saat untuk dinobatkan selaku pelumba terbaik keseluruhan meninggalkan rakan sepasukannya, Jai Crawford dan Ghader Mizbani dengan masing-masing menduduki tempat kedua dan ketiga dengan perbezaan masa 24 saat dan 25 saat.
Roe, 20, berkata beliau sangat gembira meraih jersi itu kerana merasakan pelumba dari Iran yang lain lebih kuat dan memberikan tentangan sengit sepanjang perlumbaan yang bermula 19 April lepas.
"Saya pernah menyertai Le Tour de Langkawi (LTdL) 2009 pada awal tahun ini tetapi kemenangan hari ini merupakan kemenangan pertama saya di peringkat antarabangsa. Sudah semestinya saya akan kembali menyertai jelajah ini pada masa akan datang," kata pelumba muda itu yang baru aktif dalam sukan lumba basikal lima tahun lepas.
Sementara itu pelumba tempatan, Anuar Manan yang mewakili pasukan Azad University dari Iran membuktikan kehebatannya dengan mencatatkan kemenangan hatrik apabila memenangi jersi raja pecut buat kali ketiga berturut-turut.
Anuar, 23, memenangi jersi hijau itu dengan mengumpul keseluruhan 29 mata meninggalkan Mohd Nor Rizuan Zainal (Angkatan Tentera Malaysia) di tempat kedua dan Mehdi Sohrabi (Tabriz Petrochemical) di tempat ketiga dengan masing-masing mengumpul 24 mata dan 20 mata.
Katanya pada peringkat tujuh semalam, beliau ketinggalan lima mata daripada pendahulu jersi iaitu Mohd Nor Rizuan dan pada hari ini pasukannya telah bekerja habis-habisan untuk membantu kemenangannya.
Anuar, 23, menduduki tempat pertama pada pusingan pecutan pertama dan kedua manakala ketinggalan dalam pusingan pecutan terakhir apabila tayar basikalnya pancit dan sekaligus memberi peluang kepada rakan sepasukannya, Hossein Nateghi memenangi perlumbaan hari ini.
Perlumbaan peringkat lapan hari ini melibatkan perlumbaan kriterium 12 pusingan mengelilingi Kuala Lumpur bermula dan berakhir di Dataran Merdeka dengan jarak keseluruhan 80.4 kilometer.
"Saya mengucapkan terima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia yang banyak memberikan sokongan serta Jelajah Malaysia yang selama ini telah menaikkan nama saya. Saya gembira dapat mengekalkan jersi ini tiga tahun berturut-turut," kata Anuar yang berasal dari Kuala Ibai, Terengganu.
Selepas ini, Anuar berkata beliau akan mengikuti pasukannya menyertai perlumbaan di Indonesia dan seterusnya mengadakan sesi latihan di Tehran sekaligus membantunya membaiki kelemahan di laluan berbukit.
Pemenang jersi raja bukit, Abbas Saeiditanha yang merupakan rakan sepasukan Anuar disarungkan jersi raja bukit apabila mengumpulkan 15 mata meninggalkan Mehdi dan Hossein yang masing-masing menduduki tempat kedua dan ketiga dengan mengumpul 14 dan 11 mata.
"Tahniah kepada penganjur yang dapat menganjurkan perlumbaan yang hebat. Saya gembira kerana pasukan kami, Azad University dapat nmemenangi dua jersi pada peringkat akhir hari ini," katanya.
Pemenang jersi raja putih yang baru, Muhamad Rauf Misbah berkata beliau gembira dengan kemenangannya hari ini selaku pelumba terbaik tempatan kerana itu merupakan kemenangan pertamanya selepas penyertaan kali ketiga dalam JM.
"Terima kasih kepada rakan sepasukan saya, Suhardi Hassan yang selama ini banyak membantu dan memberi semangat kepada saya serta tidak lupa rakan sepasukan saya yang lain," kata pelumba yang berusia 22 tahun itu.
Pasukan Tabriz Petrochemical muncul juara dalam JM 2009 menewaskan 20 pasukan lain dan diikuti dengan pasukan Azad University yang menduduki tempat kedua manakala Savings & Loan Cycling di tempat ketiga.
Kapten pasukan Tabriz, Ghader Mizbani berkata JM merupakan perlumbaan berstatus 2.2 yang terbaik di Asia dengan pada setiap tahun perlumbaan memaparkan peningkatan daripada segi penganjuran dan saingan.
Bagi pasukan tempatan yang bertanding, pasukan LeTua Cycling menduduki tempat pertama diikuti dengan pasukan kebangsaan Malaysia dan Terengganu Toshiba Bike Labz.
Perlumbaan JM 2009 yang dianjurkan oleh Ten Speed Events Sdn Bhd disertai 21 pasukan yang terdiri pasukan kebangsaan Malaysia, Indonesia, Thailand, Malaysia B, LeTua Cycling Team, Terengganu Toshiba-Bike Labz, Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jelly Belly Cycling Team (USA), Azad University Continental Team (Iran), Savings & Loan Cycling Team (Australia), Shimano Racing Team (Jepun), Polygon Sweetnice Team (Indonesia), Tabriz Petrochemical Team (Iran), Aisan Racing Team (Jepun), Ride Sport Racing (Australia), Giant Asia Cycling Team (Taiwan), Bridgestone Anchor (Jepun), Trek Marco Polo Cycling Team (China), Doha Team (Qatar), Tinelli Colossi Cycling (New Zealand) dan JazySports Beacon (Filipina).
JM 2009 mempertandingkan lapan peringkat perlumbaan sejauh 1,240km dengan saingan peringkat pertama dari Kuala Selangor ke Ipoh, peringkat dua (Ipoh-Sungai Petani), peringkat tiga (Gerik-Tanah Merah), peringkat empat (Pasir Mas-Kuala Terengganu), peringkat lima (Kuala Terengganu-Kuantan), peringkat enam (Kuantan-Bera), peringkat tujuh (Tanjung Malim-Genting) sebelum menamatkan perlumbaan peringkat lapan iaitu perlumbaan kriterium di Dataran Merdeka.

Mister Wong
Digg
Del.icio.us
Slashdot
Furl
Yahoo
Technorati
Newsvine
Googlize this
Blinklist
Facebook
Wikio