Saturday 19th of May 2012
Shimano Racing Team Pertaruh Pelumba Profesional
smaller text tool iconmedium text tool iconlarger text tool icon

KUALA LUMPUR: Pasukan benua dari Jepun Shimano Racing Team bakal memberikan saingan sengit dalam memburu kejuaraan pada perlumbaan Jelajah Malaysia (JM) 2009 yang akan bermula pada 19-26 April ini.

Shimano Racing Team akan mempertaruhkan enam pelumba terbaik di mana lima daripada mereka adalah pelumba pasukan profesional Skil-Shimano yang mempunyai pengalaman cukup luas seperti Hidenori Nodera, Tomoya Kano, Shinri Suzuki, Yusuke Hatanaka dan Yoshinori Iiro, manakala Yuzuru Suzuki pula adalah bekas pelumba Aisan Racing Team.

Pengarah Eksekutif kejohanan Datuk Astaman Abdul Aziz berkata gabungan pelumba-pelumba hebat ini dijangka akan menjadi pencabar utama pasukan-pasukan benua serta pasukan tempatan dalam merebut tempat di podium.

"Berdasarkan pengalaman dan latar belakang pelumba-pelumba yang terdiri daripada pelumba profesional, Shimano Racing Team akan menjadi tumpuan utama pelumba-pelumba lain dalam merebut tempat terbaik pada JM tahun ini.

"Saya juga menjangkakan JM tahun ini akan 'hangat' dengan pelumba-pelumba hebat yang akan bersaing sesama mereka dan tidak ketinggalan juga pelumba tempatan yang tidak kurang hebatnya," katanya.

Astaman berkata pencapaian dua pelumba Shimano Racing Team iaitu Hidenori dan Tomoya dalam JM ini tidak dapat dinafikan apabila masing-masing pernah muncul di podium dan menjangkakan mereka akan mengulangi kejayaan mereka pada edisi kali ini.

"Saya menjangkakan pelumba-pelumba Shimano Racing Team akan 'mencuri' mana-mana peringkat untuk memastikan mereka berada di podium selaku pemenang," katanya.

Hidenori merupakan pelumba terbaik keseluruhan JM 2003 manakala Tomoya pula pernah memenangi peringkat ketujuh JM tahun lepas.

Selain mereka, pelumba lain seperti Yoshinori pula pernah menduduki tangga ketiga peringkat keenam Tour de Hokkaido pada tahun 2007, manakala Yuzuru pula menamatkan perlumbaan peringkat kelima Tour of Thailand di tempat ke-10 dan tempat ke-36 keseluruhan kejohanan itu baru-baru ini.

Perlumbaan sejauh 1,240 km ini dianjurkan oleh Ten Speed Events Sdn Bhd dengan menampilkan penyertaan 21 pasukan.

Perlumbaan yang akan bermula 19 April ini akan dimulakan dari Kuala Selangor ke Ipoh, peringkat dua (Ipoh-Sungai Petani), peringkat tiga (Gerik-Tanah Merah), peringkat empat (Pasir Mas-Kuala Terengganu), peringkat lima (Kuala Terengganu-Kuantan), peringkat enam (Kuantan-Bera), peringkat tujuh (Tanjung Malim-Genting) sebelum menamatkan perlumbaan peringkat lapan iaitu perlumbaan kriterium di Dataran Merdeka
 

Sponsors

Route Map

Click here to enlarge the route map!

Jelajah Stages

Stage 1
Sunday, 19th April 2009
Distance: 176.8 km

Route:
KUALA SELANGOR TO IPOH
Stage 2
Monday, 20th April 2009
Distance: 192.7 km

Route:
IPOH TO SUNGAI PETANI
Stage 3
Tuesday, 21st April
Distance: 172.3 km

Route:
GERIK TO TANAH MERAH
Stage 4
Wednesday, 22nd April 2009
Distance: 177.5 km

Route:
PASIR MAS TO KUALA TERENGGANU
Stage 5
Thursday, 23rd April 2009
Distance: 204.8 km

Route:
KUALA TERENGGANU TO KUANTAN
Stage 6
Friday, 24th April 2009
Distance: 136.1 km

Route:
GAMBANG TO BERA
Stage 7
Saturday, 25th April 2009
Distance: 117.0 km

Route:
TANJUNG MALIM TO GENTING
Stage 8
Sunday, 26th April 2009
Distance: 70.4 km

Route:
KUALA LUMPUR CRITERIUM

Weather

Kuala Lumpur, MY

Now
Mostly Cloudy
28°C, Windchill: 28°C
Wind: 0 kph N
Humidity: 84%
Pressure: 1,009 mb steady
Sunrise: 7:01 am
Sunset: 7:17 pm


Copyright © 2009 Jelajah Malaysia. Powered by Vivify.