Tuesday 07th of February 2012
| Suhardi Berhasrat Bawa Pasukan Ke Podium |
|
KUALA LUMPUR: Penyandang jersi pelumba terbaik Malaysia, Suhardi Hassan berharap pasukan kebangsaan Malaysia dapat dinobatkan sebagai pasukan terbaik keseluruhan pada perlumbaan Jelajah Malaysia (JM) 2009 yang akan bermula 19 April ini. Pelumba kelahiran Kangar, Perlis itu berkata pelumba pasukan kebangsaan pada JM kali ini terdiri daripada gandingan pelumba berpengalaman dan merupakan yang terbaik setakat ini. Suhardi, 27, memenangi jersi pelumba terbaik Malaysia sejak JM 2003 hinggalah pada JM edisi lepas ketika mewakili pasukan Kuala Lumpur. "Saya tidak mahu cakap saya mahu pertahankan jersi itu tetapi saya berharap salah seorang daripada pelumba pasukan kebangsaan akan memenanginya. "Yang utama sekali ialah pasukan kami mensasarkan untuk memenangi pasukan terbaik dan kalau boleh turut memenangi jersi raja pecut dan pelumba terbaik keseluruhan," katanya. Pasukan Malaysia akan turut dibarisi Mohd Faris Abdul Razak, Muhammad Fauzan Ahmad Lutfi, Muhamad Rauf Nur Misbah, Ahmad Fallanie Ali dan Wan Mohd Najmee Wan Mohd. Suhardi berkata pasukan kebangsaan baru saja pulang menyertai Tour of Thailand 2009 yang bermula 4 hingga 9 April lepas. "Pencapaian saya di Thailand tidaklah membanggakan kerana saya demam ketika itu bagaimanapun saya berjaya menamatkan perlumbaan enam peringkat itu," katanya. Katanya perlumbaan Tour of Thailand itu menjadi medan pemanas buat pasukannya yang dibimbing jurulatih Jamalufdin Omar sebelum JM 2009 yang akan berlangsung tidak lama lagi. Sementara itu, Pengarah Eksekutif kejohanan Datuk Astaman Abdul Aziz berkata Suhardi yang pernah memenangi pingat emas dalam acara lebuh raya Sukan SEA 2005 di Manila merupakan antara pelumba berpengalaman yang dijangka dapat menggugat kedudukan pelumba luar. "Menerusi pengalaman dan kebolehan Suhardi di laluan berbukit dan landai, saya yakin Suhardi mampu sekurang-kurangnya mempertahankan jersi pelumba terbaik Malaysia pada kali ini dan mengungguli beberapa peringkat perlumbaan nanti," katanya. Jelajah Malaysia 2009 kali ini disertai 14 pasukan benua yang mana ini merupakan penyertaan terbesar pasukan benua dalam perlumbaan berstatus 2.2. Perlumbaan JM 2009 dianjurkan oleh Ten Speed Events Sdn Bhd kini berstatus 2.2 akan diadakan bermula 19 hingga 26 April ini. JM 2009 akan merangkumi perlumbaan sejauh 1,240km dengan memulakan saingan peringkat pertama dari Kuala Selangor ke Ipoh, peringkat dua (Ipoh-Sungai Petani), peringkat tiga (Gerik-Tanah Merah), peringkat empat (Pasir Mas-Kuala Terengganu), peringkat lima (Kuala Terengganu-Kuantan), peringkat enam (Kuantan-Bera), peringkat tujuh (Tanjung Malim-Genting) sebelum menamatkan perlumbaan peringkat lapan iaitu perlumbaan kriterium di Dataran Merdeka. |
Sponsors

Jelajah Stages
- Stage 1
- Stage 2
- Stage 3
- Stage 4
- Stage 5
- Stage 6
- Stage 7
- Stage 8
Weather
Kuala Lumpur, MYNow

Mostly Cloudy
26°C, Windchill: 26°C
Wind: 3 kph NW
Humidity: 94%
Pressure: 1,008 mb falling
Sunrise: 7:28 am
Sunset: 7:27 pm
26°C, Windchill: 26°C
Wind: 3 kph NW
Humidity: 94%
Pressure: 1,008 mb falling
Sunrise: 7:28 am
Sunset: 7:27 pm
Mister Wong
Digg
Del.icio.us
Slashdot
Furl
Yahoo
Technorati
Newsvine
Googlize this
Blinklist
Facebook
Wikio
