Saturday 19th of May 2012
| Tabriz Petrochemical Tampil Gandingan Terbaik |
|
KUALA LUMPUR: Pasukan lumba basikal Tabriz Petrochemical muncul dengan gandingan mantap pada Jelajah Malaysia (JM) 2009 dengan tekad baru untuk merampas kembali kejuaraan pada perlumbaan yang akan diadakan pada 19 hingga 26 April ini. Pelumba yang akan menyarung jersi Tabriz Petrochemical pada perlumbaan kali ini ialah Ghader Mizbani, Hossein Askari, Andrey Mizurov, Mehdi Sohrabi, Mirsamad Pourseyedi dan Hossein Jahanbanian. Pengarah Eksekutif kejohanan Datuk Astaman Abdul Aziz berkata pada kali ini pasukan itu akan menampilkan semula Mehdi yang merupakan pemenang keseluruhan JM 2007. Selain itu, buat pertama kalinya pasukan tersebut akan menampilkan bekas pelumba pasukan Astana, Mizurov yang merupakan pakar ujian masa dari Kazakhstan. "Pada JM 2008, Tabriz Petrochemical kurang menonjol kecuali Hossein Askari yang memenangi jersi raja bukit. "Saya yakin pasukan Tabriz akan 'membalas dendam' pada JM kali ini kerana pasukan ini telah menghantar gandingan pelumba yang terhebat dan berpengalaman bagi menghadapi perlumbaan di kawasan berbukit mahupun landai," katanya. Beliau berkata pasukan itu merupakan antara pasukan pilihan yang disebut bakal menjuarai perlumbaan JM 2009 yang berstatus 2.2. "Harus diingat pelumba pasukan Tabriz iaitu Ghader yang juga pemenang jersi Raja Bukit pada JM 2007 kini berada di tempat ketujuh ranking UCI Asia Tour dan JM kali ini mungkin sebagai batu loncatannya untuk memperbaiki kedudukan," kata Astaman. Astaman berkata pelumba Tabriz pastinya akan menggunakan kelebihan pelumbanya seperti Ghader dan Hossein untuk mendahului pasukan lain semasa laluan berbukit di peringkat tiga (Grik ke Tanah Merah) yang akan melalui Bukit Banding serta peringkat tujuh (Tanjung Malam ke Genting). Perlumbaan sejauh 1,329.6km ini dianjurkan oleh Ten Speed Events Sdn Bhd dengan menampilkan penyertaan 21 pasukan. Perlumbaan yang akan bermula 19 April ini akan dimulakan dari Kuala Selangor ke Ipoh, peringkat dua (Ipoh-Sungai Petani), peringkat tiga (Gerik-Tanah Merah), peringkat empat (Pasir Mas-Kuala Terengganu), peringkat lima (Kuala Terengganu-Kuantan), peringkat enam (Kuantan-Bera), peringkat tujuh (Tanjung Malim-Genting) sebelum menamatkan perlumbaan peringkat lapan iaitu perlumbaan kriterium di Dataran Merdeka. |
Sponsors

Jelajah Stages
- Stage 1
- Stage 2
- Stage 3
- Stage 4
- Stage 5
- Stage 6
- Stage 7
- Stage 8
Weather
Kuala Lumpur, MYNow

Mostly Cloudy
28°C, Windchill: 28°C
Wind: 0 kph N
Humidity: 84%
Pressure: 1,009 mb steady
Sunrise: 7:01 am
Sunset: 7:17 pm
28°C, Windchill: 28°C
Wind: 0 kph N
Humidity: 84%
Pressure: 1,009 mb steady
Sunrise: 7:01 am
Sunset: 7:17 pm
Mister Wong
Digg
Del.icio.us
Slashdot
Furl
Yahoo
Technorati
Newsvine
Googlize this
Blinklist
Facebook
Wikio
