Tuesday 07th of February 2012
| Taiji Nishitani Catat Kemenangan Pertamanya Tahun Ini |
|
24 APRIL 2009 BERA: Pelumba pasukan Aisan Racing, Taiji Nishitani meraih kejayaan pertamanya tahun ini selepas menakluki peringkat perlumbaan enam di Jelajah Malaysia (JM) 2009 hari ini. "Kemenangan hari ini merupakan kemenangan pertama saya dalam tahun ini selepas agak kecewa kerana empat kali menduduki tempat kedua dalam Tour of Taiwan pada bulan lepas," katanya. Pelumba yang berusia 28 tahun itu menujukan kemenangannya hari ini untuk koordinator pasukannya, Nana Watarai yang menyambut ulang tahunnya hari ini. "Terus terang saya sangat gembira dan berpuas hati dapat memenangi perlumbaan hari ini kerana pelumba dari Australia juga memberi tentangan sengit. Saya bagaimanapun mengekori rapat pelumba Australia itu sehingga ke garisan penamat," kata Nishitani. Nishitani merakamkan 2 jam 52 minit dan 3 saat dalam perlumbaan yang melalui laluan beralun sejauh 134km dari Kuantan ke Bera. Pelumba dari pasukan Savings & Loan Cycling, Joel Pearson pula menduduki tempat kedua sementara pelumba pasukan Ride Sport Racing, Shaun McCarthy menduduki tempat ketiga. Sementara itu pelumba Iran, Mehdi Sohrabi yang mewakili pasukan Tabriz Petrochemical masih menyarung jersi kuning selaku pelumba terbaik keseluruhan dan jersi hijau selaku raja pecut. "Saya akan bekerja untuk rakan sepasukan esok bagi mengekalkan jersi kuning masih dimenangi oleh pasukan Tabriz Petrochemical," katanya yang mengumpul keseluruhan 20 mata dalam kategori pecutan. Pelumba pasukan Azad University, Abbas Saeditanha yang menyarung jersi polka dot berkata beliau akan berusaha untuk mengekalkan jersi raja bukit pada peringkat pendakian ke Genting esok. Manakala pemenang jersi putih Suhardi Hassan daripada pasukan kebangsaan Malaysia berkata pasukannya akan merancang taktik bagi membolehkan beliau terus menyarung jersi putih itu pada peringkat perlumbaan terpenting esok. Beliau berkata pada hari ini, rakan sepasukannya Wan Mohd Najmee Wan Mohd bekerja keras membuat breakaway pada kilometer ke-60 lagi dan mengekalkan kedudukan yang baik untuk berada di kelompok pertama pelumba yang tiba di garisan penamat. Pasukan Azad University masih mendahului 21 pasukan yang menyertai perlumbaan JM 2009 diikuti dengan Tabriz Petrochemical dan Savings & Loan Cycling yang masing-masing menduduki tempat kedua dan ketiga keseluruhan. Perlumbaan peringkat tujuh dari Tanjung Malim ke Genting esok merupakan peringkat terpenting bagi menentukan kedudukan keseluruhan pelumba sehingga habis perlumbaan JM 2009. Para pelumba terpaksa merempuh tiga zon pecutan di Batang Kali, Serendah dan Sungai Tua sebelum melalui tiga zon pendakian di Templer Park, Empangan Batu dan terakhir sekali di Genting yang berketinggian 925m dari aras laut. Perlumbaan JM 2009 yang dianjurkan oleh Ten Speed Events Sdn Bhd disertai 21 pasukan yang terdiri pasukan kebangsaan Malaysia, Indonesia, Thailand, Malaysia B, LeTua Cycling Team, Terengganu Toshiba-Bike Labz, Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jelly Belly Cycling Team (USA), Azad University Continental Team (Iran), Savings & Loan Cycling Team (Australia), Shimano Racing Team (Jepun), Polygon Sweetnice Team (Indonesia), Tabriz Petrochemical Team (Iran), Aisan Racing Team (Jepun), Ride Sport Racing (Australia), Giant Asia Cycling Team (Taiwan), Bridgestone Anchor (Jepun), Trek Marco Polo Cycling Team (China), Doha Team (Qatar), Tinelli Colossi Cycling (New Zealand) dan JazySports Beacon (Filipina). JM 2009 mempertandingkan lapan peringkat perlumbaan sejauh 1,240km dengan saingan peringkat pertama dari Kuala Selangor ke Ipoh, peringkat dua (Ipoh-Sungai Petani), peringkat tiga (Gerik-Tanah Merah), peringkat empat (Pasir Mas-Kuala Terengganu), peringkat lima (Kuala Terengganu-Kuantan), peringkat enam (Kuantan-Bera), peringkat tujuh (Tanjung Malim-Genting) sebelum menamatkan perlumbaan peringkat lapan iaitu perlumbaan kriterium di Dataran Merdeka. |
Sponsors

Jelajah Stages
- Stage 1
- Stage 2
- Stage 3
- Stage 4
- Stage 5
- Stage 6
- Stage 7
- Stage 8
Weather
Kuala Lumpur, MYNow

Mostly Cloudy
26°C, Windchill: 26°C
Wind: 3 kph NW
Humidity: 94%
Pressure: 1,008 mb falling
Sunrise: 7:28 am
Sunset: 7:27 pm
26°C, Windchill: 26°C
Wind: 3 kph NW
Humidity: 94%
Pressure: 1,008 mb falling
Sunrise: 7:28 am
Sunset: 7:27 pm
Mister Wong
Digg
Del.icio.us
Slashdot
Furl
Yahoo
Technorati
Newsvine
Googlize this
Blinklist
Facebook
Wikio
